Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara pemakanan yang saya amalkan setiap hari. Cara pemakanan yang sihat akan menjamin kesihatan tubuh badan dan kecergasan otak.
Air kosong
Selepas bangun tidur tanpa gosok gigi, saya terus minum 2 gelas air kosong. Mula-mula saya memang rasa macam nak muntah tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa. Dan saya nampak manfaatnya pada kulit saya dan saya juga berasa sangat aktif. Setiap hari saya minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas tidak termasuk air jus, teh atau kopi. Air kosong ini mengaktifkan sel-sel dan organ-organ di dalam badan selepas berehat selama 8 jam semasa kita tidur.
Air limau suam
Selain air kosong, saya juga minum 1 gelas air perahan limau suam yang tidak ditambah gula setiap pagi. Air limau ini sangat bagus untuk membakar lemak yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Selain itu, air limau ini juga mencantik kulit muka dan badan.
Sarapan pagi
Saya sentiasa makan sarapan yang penuh dengan protein seperti telur separuh masak, telur rebus, protein shake dan sebagainya. Jangan sesekali lupa atau skip sarapan pagi. Sarapan pagilah yang menjadi booster untuk sepenuh hari itu. Kalau skip sarapan makalah hilanglah mood dan energy saya saya pada hari berkenaan itu. Oleh itu, makan sarapan pagi adalah perkara WAJIB dalam diet saya!
Makan tengah hari
Saya makan tengahhari dalam pukul 12.00 tengah hari - 2.00 petang. Untuk makan tengah hari, saya biasa makan nasi separuh pinggan dengan lauk seperti ikan atau ayam. Ditambah dengan sayur rebus ataupun ulam. Saya elakkan daripada makan daging dan organ dalaman ayam, kambing atau lembu.
Snek
Saya jadikan buah-buahan sebagai snek saya. Saya suka makan buah epal, anggur, oren, tembikai, blueberry dan banyak lagi. Selain buah-buahan, saya juga makan kekacang seperti gajus, badam, walnut. Kismis dan kurma juga menjadi pilihan saya tetapi dalam kuantiti yang sedikit sebab kandungan gula dalam kismis dan kurma boleh dikatakan tinggi juga.
Makan malam
Saya makan malam sebelum pukul 8.30 malam. Saya suka makan wholemeal sandwich, capati, putu mayam dan tosai. Boleh dikatakan saya makan makanan yang agak ringan juga. Saya tidak makan nasi pada waktu malam. Ini kerana makan nasi pada waktu malam agak sukar untuk mencerna dan mengakibatkan perut menjadi buncit.
Susu
Saya suka minum susu 1-2 jam sebelum tidur. Saya dah biasa minum susu sebelum tidur. Susah nak ubah tabiat ini. Tetapi so far bagi saya, minum susu sebelum tidur tidak memberi apa-apa kesan negatif malah saya boleh tidur dengan lena.
Inilah diet makanan harian saya!
Kalau ada yang nak tahu macam mana nak plan diet, tontonilah video di bawah ini..
Jagalah makanan anda! Jagalah kesihatan diri anda!
No comments:
Post a Comment