Penjagaan kulit senang sahaja namun ramai yang leka untuk menjaga kulit. Kemalasan itulah yang sebenarnya menyebabkan kerosakan pada kulit. Oleh itu, rajinkanlah diri anda untuk menjaga kulit anda. Berikut adalah 6 tips untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat.
1. 'The Golden Rule'
- Sentiasa ingat untuk menanggalkan dan membersihkan makeup sebelum masuk tidur. Ini kerana pada waktu malam kulit perlu bernafas. Dan dengan tidak meninggalkan makeup, ia menahan kulit daripada bernafas yang akan menyebabkan liang roma kulit sumbat dan mengakibatkan terjadinya 'musuh ketat kulit' iaitu jerawat. Sekiranya tiada penanggal makeup, buat penanggal makeup dengan senang. Tuang sedikit minyak zaitun pada kapas dan sapu pada kulit muka secara perlahan-lahan dan tanggalkan makeup. Jangan lupa untuk scrub muka. Scrub kulit muka sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk membuang sel-sel kulit yang mati supaya kulit kelihatan cerah dan sihat. Campurkan serbuk kacang walnut dan yogurt dan kemudian sapu dan scrub pada kulit. Walnut mempunyai agen antioksida yang membantu menanggalkan kotoran pada kulit dan mencerahkan kulit.
2. Matahari dan Kulit
- Sentiasa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 yang membantu menahan sinaran matahari UVA dan UVB. Pendedahan kulit pada cahaya matahari pada jangka masa yang lama akan menyebabkan kedutan pada kulit, bintik-bintik hitam, warna kulit yang tidak sekata dan pelbagai masalah kulit lagi. Jangan sesekali tidak memakai krim pelindungi matahari walaupun pada cuaca yang mendung.
3. Kamu adalah apa yang kamu makan
- Makanlah buah-buahan yang segar, sayur hijau dan makanan yang mengandungi protein dan vitamin yang secukupnya. Diet makanan yang kaya dengan vitamin C dan kandungan gula dan lemak yang rendah menjadikan kulit menjadi lebih cantik dan bersih tanpa cela. Elakkan makan makanan yang pedas, jeruk, garam yang berlebihan dan makanan yang berminyak.
4. Berpeluhlah!
- Bersenam selalu. Berjalan, berlari dan yoga akan memberi pengaliran darah dan proses pembersihan yang diperlukan oleh badan anda. Anda akan melihat 'glowing effect' pada muka anda. Jangan sesekali lupa penjagaan kulit sebelum dan selepas bersenam. Sentiasa bersihkan makeup sebelum bersenam dan sentiasa membersihkan muka selepas bersenam.
5. Beauty Sleep
- Tidur secukupnya selama 8 jam setiap malam. Jika tidak tidur dengan secukupnya maka kulit akan kelihatan letih, tidak bermaya dan berkedutan. Jadi jangan bahayakan kulit anda. Anda juga boleh memakai madu pada muka 2-3 kali untuk melegakan kulit. Sebelum tidur, jangan lupa untuk cuci muka dan pakai pelembap. Untuk kulit kering, gunakan pencuci muka yang tidak mengandungi alkohol, memakai pelembap yang banyak dan elakkan daripada menggunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit secara berlebihan.
6. H2O adalah penyelamat
- Hidrasi diri anda. Minum air yang banyak setiap hari sekurang-kurang 8 gelas. Makan makanan yang mengandungi air seperti tembikai, timun dan oren. Gunakan air mawar untuk mengurangkan bengkak mata pada waktu pagi, menjaga keseimbangan PH pada kulit dan menghidrasi kulit.
7. Selamat tinggal jerawat
- Gunakan pencuci muka yang mengandungi alpha hydroxyl acid atau beta hydroxyl acid. Pemakaian multana mitti (fuller earth) juga membantu kulit anda. Gunakan pelembap yang mengandungi benzoyl peroxide. Jangan memicit jerawat kerana ia akan merebakan bakteria, meredangkan kulit dan juga meninggalkan parut.
No comments:
Post a Comment