Wednesday, 30 October 2019

PENGURUSAN MASA


Pengurusan masa adalah penting bagi setiap manusia. Pengurusan masa yang baik dan teratur akan membawa kejayaan kepada setiap individu. Namun ramai di kalangan kita yang gagal untuk menguruskan masa dengan betul dan membawa kegagalan di hidup kita. Sebagai seorang pelajar, kita kena belajar untuk menguruskan masa dengan betul untuk mencapai kejayaan pada masa sekarang dan pada masa akan datang.  

Terdapat beberapa tips pengurusan masa. Berikut adalah tips tersebut.

1. MERANCANG TERLEBIH DAHULU

Sebaik saja mendaftar kursus, ambil tahu tarikh-tarikh penting dan mengatur masa untuk menyiapkan menyiapkan tugasan kursus tersebut . Ini akan membantu anda untuk meringankan masalah komitmen dan beban kerja yang tinggi. Anda boleh menggunakan aplikasi di telefon atau komputer seperti 'Calender', 'Reminder' dan lain-lain untuk merancang masa dengan senang.


2. BINA JADUAL

Bina jadual untuk setiap minggu/bulan untuk melakukan perkara/aktiviti penting walaupun pada masa yang sibuk agar kita dapat kawal masa dan belanja masa dengan cemerlang.. Tetapkan jadual waktu untuk belajar setiap hari. Dengan ini, kita boleh mengenalpasti lebihan masa dan menggunakannya untuk perkara yang utama dan penting.

3. TETAPKAN MATLAMAT @ 'SET GOALS'

Tetapkan matlamat anda untuk jangka masa pendek dan untuk jangka panjang. Jangka masa pendek adalah seperti dalam masa seminggu, sebulan atau setahun manakala jangka masa panjang pula dalam masa 5 tahun atau lebih. Pastikan matlamat jangka masa pendek membantu dan membawa anda menuju ke arah kejayaan untuk mencapai matlamat jangka panjang. Usaha anda untuk encapai matlamat akan membina sifat-sifat positif dan menghindarkan sifat-sifat negatif seperti malas, membuang masa dan lain-lain.

4. JANGAN BAZIR MASA

Sebagai pelajar, kita harus menghargai setiap detik masa. Oleh itu, kita harus berhati-hati mengunakan sosial media seperti Facebook, Istagram, Youtube dan banyak lagi yang secara tidak langsung makan banyak masa kita dalam masa sehari. 



Image result for time gifImage result for clock gif



Tontonilah video motivasi untuk menguruskan masa. Jumpa lagi di blog akan datang. Wasalam..








No comments:

Post a Comment

Resolusi saya tahun 2020

Assalamualaikum semua..  Selamat tahun baru 2020 semua…… 🥳🥳🎉🎉 Pada tahun baru ini, saya ada beberapa resolusi yang...