Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica dari famili Apiaceae/Umbelliferae adalah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan. Herba berdaun hijau berbentuk kipas ini biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia.
Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. Pegaga juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman.
Pegaga mengandungi pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin, riboflavin, protein, gentian, zat besi, dan vitamin A. Sementara bahan aktif yang ada dalam pegaga ialah triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik.
Jom ketahui apakah khasiat pegaga.
1. Menaikkan seri muka
- Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah lalu menyebabkan wajah menjadi lebih berseri. Nak kulit cantik berseri? Amalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Resepi untuk menaikkan seri muka:
- Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya.
- Rebus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu.
- Tapiskan dan sejukkan.
- Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam.
- Amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
2. Menghilangkan parut
- Dalam perubatan tradisional, pegaga digunakan untuk merawat parut pada kulit muka dan seluruh badan.
- Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
3. Merawat selulit
- Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat masalah selulit yang sering dialami wanita. Sifatnya yang diuretik dan menggalakkan peredaran darah membantu menghilangkan selulit.
- Bahan aktif pada pegaga yang merangasang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian kulit selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus mengurangkan masalah stretch mark.
4. Awet muda
- Amalan meminum air rebusan pegaga atau jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit dari menjadi kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
5. Menengangkan kulit
- Bukan sekadar menaikkan seri wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit.
6. Menghilangkan masalah urat bersimpul
- Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
7. Melawan jangkitan bakteria dan virus
- Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
8. Mencantik dan melebatkan rambut
- Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama sekali untuk masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien didalamnya mampu menyuburkan kembali rambut yang tidak bermaya. Pegaga mampu menguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.
- Peredaran darah yang baik di kulit kepala juga membantu meningkatkan aliran oksigen, seterusnya mengelakkan masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.
9. Menambah selera makan
- Pegaga boleh dimakan sebagai ulam dan jus. Rasa dan baunya boleh menambahkan selera.
10. Mencegah masalah kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak
- Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.
11. Menyejuk dan menyegarkan badan
- Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Ia dimakan secara segar sebagai ulam untuk menyejuk dan menyegarkan badan.
12. Mencerdaskan minda
- Bagi kaum India, pegaga digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.
13. Mengecutkan Peranakan
- Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
14. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
- Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
Selain itu, pegaga juga berkhasiat untuk:
- Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.
- Digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.
- Di India ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
- Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
- Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
- Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum.
- Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah.
- Pegaga juga digunakan untuk masalah kesuburan wanita.
- Pembengkakan Hati.
- Demam campak.
- Sakit Tekak.
- Batuk Kering.
- Asma, Brokitis, Pleuritis.
- Radang Mata Merah.
- Keputihan.
- Tekanan Darah Tinggi.
- Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir.
- Tidak Selera Makan.
- Keracunan Makanan.
- Batuk Darah, Muntah Darah.
- Busung.
- Bisul.
- Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor).
No comments:
Post a Comment