Thursday, 7 November 2019

TIPS BELAJAR

Sebagai pelajar, kita harus tahu tips belajar agar pembelajaran kita menjadi lebih mudah dan senang. Berikut adalah tips belajar yang berkesan terhadap pelajar. Yang pertama, berikan perhatian semasa belajar dan jauhkan diri daripada gangguan dan perkara yang mengalihkan perhatian anda. Sebagai contoh sosial media seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.


Tips yang kedua adalah cari dan buat latihan dan soalan-soalan dari kertas peperiksaan semester lepas untuk mendedahkan diri dengan soalan kertas peperiksaan dan juga untuk meningkatkan ilmu. Jika anda lemah dalam sesuatu subjek, buatlah banyak latihan. Ini kerana semakin anda membuat latihan  semakin itulah anda akan mula memahami dan menjadi pandai dalam subjek tersebut.


Tips yang ketiga adalah jangan terus belajar untuk masa yang lama tanpa mengambil rehat. Pastikan untuk mengambil rehat untuk 15-25 minit untuk setiap 2-3 jam belajar. Ini adalah untuk merehatkan minda anda yang terus menerus bekerja tanpa berhenti. Bukan itu saja, jika otak bekerja lebih tanpa rehat, maka fokus dan perhatian akan hilang.


Tips yang keempat adalah dapatkan bantuan dengan orang disekeliling kita. Sekiranya kita tidak faham tentang sesuatu subjek, adalah lebih baik kita dapatkan bantuan daripada pengajar kita atau kawan kita. Jangan takut atau segan untuk meminta pertolongan.


Tips yang kelima adalah sentiasa menyiapkan diri untuk menuntut ilmu. Baca dan belajar terlebih dahulu sebelum masuk kelas sesuatu kursus kerana perkara ini akan membantu anda untuk mengikuti dan memahami subjek tersebut dengan lebih cepat dan senang.


Ada banyak lagi tips belajar namun saya menerang tips belajar yang penting saja. Jumpa lagi di blog akan datang. Wasalam.

Related image











Resolusi saya tahun 2020

Assalamualaikum semua..  Selamat tahun baru 2020 semua…… 🥳🥳🎉🎉 Pada tahun baru ini, saya ada beberapa resolusi yang...